Aku benci, meluat

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim aku mulakan cerita...

Semalam adalah hari yg paling aku benci, meluat, marah, sebal dan lain-lain perasaan yg membuatkan aku marah giler2. Dah la semalam hari Sabtu dan sepatutnya hari cuti yg jarang dapat macam tu dia duduk di rumah temankan aku dan anak kami tapi jadi sebaliknya. Aku tak kisah dia nak pegi buat kerja kat skolah tapi melampau la petang baru balik. Mana tak angin aku semalam. Dia siap beli KFC tapi skit pon aku tak jamah. Aku benci sangat2. Kalau dah tau nak beli KFC baik aku tak payah masak. Wat penat badan aku je.

Aku malas nak cakap dengan dia, aku wat derk je. Sakit hati aku ni. Nampak sangat aku ni tak penting. Mungkin ada orang lain yang lebih penting bagi dia kot. Aku dah malas nak pikir. Lantak dia la nak wat apa pon. Apa yang aku buat macam tak dihargai. Aku penat2 masak dan suruh dia balik awal tapi dia wat bodoh je. Hancur hati aku.

Yang aku bertambah sakit hati tu dia kata takde duit tapi beli KFC ade plak duit. Nampak sgt kan.... Sudah la.. Buat la kalau rasa cara tu betul.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...