Aku kena kejar dengan siapa? (Secret Admire part 3)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... Bersua kembali di blog bikers. Sambungan tajuk pasal secret admire @ peminat rahsia. Ha.... kali ni kisah di mana aku telah dikejar oleh 2 org yang mengenali aku tapi aku langsung tak kenal dia. Agak pelik bunyinya. Huhuhu...

Ceritanya begini... Masa tu aku masih lagi bekerja sambilan di pasaraya berhampiran rumah aku. Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum aku kena kejar, aku telah menerima sms drpd seseorang yang tak dikenali. Ada orang yg bagi nombor telefon aku kat dia. Dan aku tahu siapa gerangan orang tersebut. Kawan aku la tu. Pandai2 je bagi nombor telefon aku yg private and confidential ni. Dia kata nak jumpa aku. Aku pon tanpa berfikir panjang terus menerima pelawaan ntah sape2 tu. Dia ni kawan kpd kawan aku yg bagi nombor telefon aku tu.

Masa jumpa kat pasaraya tempat aku keje tu dia datang dengan kawan dia. Masa tu dia tak perasan aku rasanya. Aku pon dah lupe. Ntah kenapa belum sempat dia datang kat aku dan bercakap dengan aku, aku dah lari lintang pukang keluar dari pasaraya tersebut. Ape la yang aku takut sangat masa tu. Mungkin sebab tak kenal kot. Bila aku lari, dia kejar. Aku berjalan selaju yang mungkin sambil berlari-lari anak terus menuju ke arah hostel tempat keje aku. Bila dah sampai dalam keadaan yg tercungap-cungap, aku terus skodeng ikut tingkap aku nampak mamat tu dok cari aku. Hahaha... Dia pon pelik agaknya tengok aku tibe2 hilang. Kawan aku tanya kenapa. Aku jawab kena kejar. Hahaha....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...