Baby Faqih kurang sihat :(

Assalamualaikum dan selamat pagi semua blogger <3 Semua sudah sarapan ke? Aku puasa hari ni. Biasa la tak habis ganti lagi. Huuuu.... Ada lagi 2 hari je. Walaupon anak aku tak sihat aku tetap gagahkan diri untuk berpuasa. Syukur Alhamdulillah.

Tu anak aku tengah tido. Kesian dia muntah2 dari petang semalam. Nak makan pon tak boleh. Bila masuk makanan je dia terus termuntah. Tadi ayah dia cium sebelum pegi keje pon dah nak termuntah. Nasib tak muntah. Aku pon terpaksa CRK hari ni untuk menjaga anak kami. Takkkan la anak tak sihat pon nak hantar ke Taska jugak kan. Lebih baik dia berehat di rumah je. Lagipon tengahari nanti kami mahu ke klinik. Nak tahu jugak sebab musabab asik muntah je. Risau pulak dibuatnya. Ada orang cakap mungkin perubahan umur. Biasa la baby nak membesar. Ada yang cakap mungkin kena tukar susu. Ada lagi yang cakap mungkin virus tu yang asik muntah. Aku pon tak tau. Ni la kali pertama anak aku muntah secara berterusan. Jenuh bonda tukar baju dia asik muntah. Last2 pakai pampers je. Mungkin dia pon rimas kot. Kalau tempat tido jangan cakap la. Dah bau muntah je. Huhuhu... Tadi sebelum tido dah minum susu tu pon tak abis. Suku je dia minum. Nasib tak muntah.

Sape2 yang terbaca post ni doa-doakan anak aku cepat sembuh ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...