Bebelan di tengah malam

Assalamualaikum para blogger sekalian. Bersua kembali di alam maya. Sudah beberapa hari aku tak update blog ni. Aku agak sibuk sejak akhir2 ni. Tak lama lagi ada Hari Potensi pulak dah. Aku kena mengajar murid2 aku menari la pulak. Pandai ke aku menari? Hmm.... Actually, ada orang lain yang tolong ajarkan budak2 tu nanti. Bila aku dan kawan aku dah boleh ingat step2 tu barulah kami pula yang mengajar. Ish2.... dasat betul cikgu ni. Macam2 boleh jadi. Antaranya : cikgu, kerani, penari, pelakon, penyanyi, pelukis dan banyak lagi la.

Sesiapa yang nak jadi guru memang kena tabah menghadapi situasi seperti ini. Yela, banyak sangat pekerjaan yang perlu dibuat dalam satu masa. Tetapi masih ada segelintir manusia yang memperlekehkan profesion perguruan. Ada orang cakap jadi cikgu senang boleh balik tengahari tetapi hakikatnya..... cubalah anda menjadi guru tak payah lama cukup la sehari je tengok apa jadi. Senang tak senang? Masa tu baru tau la langit tu tinggi atau rendah. Tak pernah buat, cakap memang senang. Cuba lalui sendiri baru tau.

Ape pulak la yang aku membebel ni. Lain kali sambung lagi. Baju keje tak siap iron lagi tu. Tata.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...