Hari ini...

Good Day Myspace Comments

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hari ni murah rezeki kami bertiga. Tadi aku dan si dia pergi tapau lauk pauk kat kedai parent murid si dia. Masa nak balik tu akak tu bagi 2 jenis lauk lagi. Tima kasih akak. Moga murah rezeki akak sekeluarga. Amin. Makan berdua je. Taktau la dapat habis ke tak tu. Terpaksa la bersahur malam ni. Rezeki Allah. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Bercakap pasal sahur, aku masih ada hutang lagi 5 hari berpuasa. Mulai esok aku akan ganti puasa sampai habis. InsyaAllah. Minggu lepas dapat 2 hari je. Aku ingat arini nak puasa tapi terlupa pula nak niat. Takpe la. Masih ada masa lagi.

Apapun bulan depan dah masuk bulan ramadhan. Tak sabar rasanya.... :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...