Nak Tukar Lagu Tema La...



Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hari ini sangat mudah (mood untuk harini). Best sangat sebab harini macam-macam aku makan. Hahaha. Aku memang suka makan sebab aku nak gemukkan badan aku yang melidi ni. Ehek.


Esok cuti sehari. Ahad ada sukan sekolah. Mulai Isnin sampai Ahad depan cuti. Dapat la aku berehat sebentar daripada perkara-perkara yang memeningkan kepala otak ni.


Err... sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi aku sebenarnya nak mintak pendapat korang. Pasal lagu tema blog aku. Hihi. Rasanya semua dah sedia maklum bahawa lagu blog aku adalah lagu tema telenovela Bella Calamidades. Yang tak tau tu confirm tak pernah jenguk blog aku kan. Huhuk.


Tadi tiba-tiba plak terfikir nak tukar lagu. Tapi aku belum putuskan nak letak lagu apa. Agak-agak korang lagu apa yang sesuai. Balada, pop rock, rock kapak, korea, etc?? Pendapat korang ni penting sebab korang kan kawan aku. Kan kan.... Tiba-tiba je aku jadi blur.


Salam :)

2 comments:

aindzaya said...

yg sentimental la..
yg best skali instrument lagu omputih..
hehe

Dingdang said...

@ain dzaya
akan dipertimbangkan. maceh di atas pendapat itu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...