Kena Tag Lagi?!






Salam 1 Malaysia. Dasyat betul la penangan tag ni. Hari ni cikgu Faiz kena tag lagi daa... Kali ni daripada CheqSuna. Dia ni mesti nak korek rahsia cikgu Faiz kan...? Hihi. Sebelum tu nak tanya la, korang tengok la drama Soffiya kat TV3 tu? Eee... cikgu Faiz memang tak pernah miss nak tau perkembangan drama tersebut. Yang paling tak sabar nak tau apa kesudahan watak antagonis si Fiona tu. Angin cikgu Faiz dibuatnya la. Jahatnya bukan main lagi. Agak-agak korang camane la ending cerita ni ye?



Berbalik kepada title di atas, jari-jemari cikgu Faiz ni dah gatal sangat nak menaip jawapan-jawapan yang telah dikemukakan oleh CheqSuna kita. Jomm..... ! Let's check it out !!



1. Apa perangai buruk yang selalu anda jalankan sampai sekarang?
Jawapan : Kuat merajuk. Hahaha. Merajuk dengan my sweetheart la. Pantang hati ni tersentuh sikit mulalah nak merajuk berhari-hari.



2. Apa rahsia yang anda sorok daripada pengetahuan mak ayah sampai sekarang?
Jawapan : Err... ada ke? Tak ingat la pulak....



3. Apa perkara yang anda buat untuk puaskan hati bila hati disakiti?
Jawapan : Tido sepuas-puasnya. Bila bangun tido semuanya kembali seperti biasa.



4. Apa perkara gile pernah anda lakukan dalam hidup sehingga anda menyesal sampai sekarang?
Jawapan : Err.. takde kot..



5. Berita yang paling menggembirakan minggu ini?
Jawapan : Selasa depan cuti !!!! Yessss !!



6. Apa perkara yang menyakitkan hati hari ni?
Jawapan : Sakit hati dengan watak Fiona kat drama Soffiya tu. Huehuehue. Ngade-ngade sangat la.



7. Berita menyedihkan minggu ini?
Jawapan : Tiada.



8. Siapakah anda 10 tahun akan datang?
Jawapan : Masih lagi seorang guru....



9. Anda berpuas hati tak dengan kerja sekarang?
Jawapan : Kadang-kadang puas hati, kadang-kadang tidak berpuas hati. Terasa ingin mencuba pekerjaan lain pula. Tapi mustahil kot.



10. Kalau boleh anda nak jadi apa?
Jawapan : Pembaca berita kat TV3.



11. Apa rancangan masa depan anda?
Jawapan : Nak beli rumah sendiri bersama orang tersayang.



Terjawab sudah segala macam persoalan yang timbul dari akal fikiran CheqSuna. Harap beliau berpuas hati dengan jawapan Cikgu Faiz.


Lihat tag yang lain. KLIK SINI dan SINI.


SEKIAN.

1 comment:

Pondok Usang said...

aku pun ramai yg tag.. bile nak balasnye ntah.. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...