Khasiat Buah Betik Untuk Ibu Hamil



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.






 Buah betik atau dalam bahasa Inggerisnya ialah papaya merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, adakah buah betik sesuai atau baik untuk ibu yang hamil?


 Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat kesan makanan kepada wanita mengandung, tidak terkecuali buah betik. Kajian menunjukkan bahawa buah betik yang mentah atau belum cukup matang mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.


 Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic ( perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin. Kedua-dua komponen ini digunakan oleh ibu dalam proses melahirkan anaknya dan sekaligus memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. Latex dari buah betik juga penyebab oedema dan haemorrhagic placentas (plasenta berdarah). Ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang.


 Walau bagaimanapun, betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.




 HOT


Yang menaip,

3 comments:

Kenari Putih said...

O baru tau rupanya betik yg krg masak boleh sebabkan kelahiran pra matang, kena berjaga2 tu kalau mengandung nak makan rojak betik terlampau over sangat, hihi... Tapi betik yg masak elok memang le kan, bagus untuk pembuangan... Lancar saja ke toilet tu membuang... Hihi

puteri kasih said...

info yang bermanfaat untuk ibu-ibu yang hamil. Baru tau buah betik mentah ada kandungan konsentrasi getah yang tinggi

Eraz Fadli said...

Good sharing.. Satu info yang menarik untuk dibaca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...