Detik-Detik Terindah Ketika Melahirkan Baby Hannani



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

03 Disember 2013




Hari ini merupakan hari yang ke-23 Cikgu Faiz berpantang. Hari ini juga usia baby Hannani sudah masuk 23 hari. Sekejap je masa berlalu. Rasanya macam baru lagi Cikgu Faiz berada di hospital. Sejenak mengenang kembali detik-detik sebelum kelahiran puteri tercinta terasa sangat indah walaupun tanpa suami di sisi. Alhamdulillah Cikgu Faiz dapat mengharungi segala kesakitan kerana Allah sentiasa ada. Pengalaman bersalinkan Faqih dahulu dan baby sekarang ni memang tak sama keadaannya. Apa yang Cikgu Faiz tak rasa dulu, kini baru dapat rasa. Huhu. Itulah kelebihan seorang wanita kan. 


08 November 2013 (Jumaat)

Pergi kerja macam biasa. Hari tu ada jamuan kelas. Jadi kerjanya cuma makan je la. Sebelum tu pulak ada meeting di bangunan akademik di tingkat 3. Fuhhh, dengan kudrat yang ada Cikgu Faiz gagahkan diri untuk mendaki satu persatu anak tangga. Penat memang penat tapi nak buat macam mana, dah tugas kan. Lepas habis kelas je Cikgu Faiz pergi toilet dan tengok-tengok dah ada tanda. Masa tu memang cuak habis sebab takut tak sempat nak balik ke Bentong. Huhu. Tapi tanda tu berwarna coklat sahaja. Dalam hati Cikgu Faiz cakap dengan baby supaya jangan keluar lagi sehingga la selamat sampai di kampung. Huhu. Masa tu Cikgu Faiz tak bagitau sesiapa pun termasuk la Encik Suami. Takut nanti lagi bertambah kelam kabut. 


Sampai je dekat kampung, baru la Cikgu Faiz bagitau Encik Suami. Encik Suami pulak kena balik ke Puchong semula sebab esoknya dia ada exam di UPM. Mak Cikgu Faiz kata kalau ada tanda tapi takde rasa sakit jangan pergi hospital lagi. Jadinya tunggu dulu la. Dalam hati memang dah tak keruan.


09 November 2013 (Sabtu)

Pagi tu lepas bersarapan nasi lemak kerang, Cikgu Faiz pergi ke hospital dengan ditemani oleh mak. Sampai je di wad bersalin terus mendaftar untuk masuk wad. Jururawat yang menyoal siasat Cikgu Faiz masa tu baik sangat walaupun dia bukan Melayu. Jadi kurang la sikit perasaan takut tu. Ini merupakan kali pertama Cikgu Faiz ditahan di wad. Masa Faqih dulu pergi hospital terus bersalin. Selesai je sesi soal siasat, nurse kata nak check bukaan. Alamak, perasaan takut datang balik tapi buat muka relax je. Bila diperiksa bukaan baru 2cm dan nurse suruh berehat di katil dan maklumkan jika ada rasa sakit.


Tinggal di wad memang la agak membosankan sebab wad tu langsung tak on tv. Jadinya Cikgu Faiz cuma mengisi masa lapang dengan membaca majalah. Lepas tu makan, makan dan makan. Huhu. Mak pulak rajin datang bawak makanan. Hehe. 


Petang tu (pukul berapa tak ingat) nurse check bukaan lagi. Masih 2cm. Cuak sebab bukaan masih di tahap yang sama. Rehat kat katil cakap dalam hati dengan baby supaya cepat-cepat keluar dan jangan buat bonda risau. Hehe.


10 November 2013 (Sabtu)

~ Jam 2.45 pagi

Rasa macam nak terkucil. Pergi melepaskan hajat tengok-tengok ada lendir campur darah. Perut pulak macam dah terasa sakit tapi masih boleh tahan. Baring kat katil ingat nak sambung tido tapi sakit kejap ada kejap takde. Terus tak boleh tido lena. Sekejap terlentang, sekejap mengiring.


~ 5.00 pagi

Terjaga dari tido. Sakit makin kuat. Ingat nak tunggu lepas azan subuh baru nak bagitau nurse tapi dah tak tahan sangat. Bangun dan kejutkan nurse. Masuk labour room nurse pasang alat untuk dengar degupan jantung baby. Sebelum tu check bukaan dah 6cm. Nurse kata kena tunggu lagi. Tak lama lepas tu nurse pecahkan air ketuban. Sakitnya Allah je yang tahu. Lama pulak tu prosesnya. Banyak sangat air ketuban kot. Nurse bagitau lepas pecah air ketuban akan rasa lebih sakit lagi. Cikgu Faiz cuma mengangguk. Dalam hati berdoa banyak-banyak dan berselawat.


Tak lama lepas tu sakit yang betul-betul nak bersalin dapat dirasakan. Cikgu Faiz mengiring untuk mengurangkan rasa sakit. Tapi makin lama makin sakit perut yang teramat sangat. Tiba-tiba rasa macam nak terbuang air besar. Bagitau nurse yang tunggu dekat situ. Dah tak tahan sangat nak terkeluar Cikgu Faiz teran sekali. Lepas tu teran lagi. Alamak, lain pulak yang keluar. Masa tu takut kena marah pulak. Huhu. Lepas tu datang nurse bidan dan Cikgu Faiz bagitau dah 'terbuang'. Nurse cakap takpe, buang je. Huhu. Sakit lagi dan rasa nak terbuang air besar lagi. Kali ni baby betul-betul nak keluar. Teran sekali tak keluar lagi. Nurse cakap baby dah dekat nak keluar tu. Nurse suruh teran tapi rasa sakit dah hilang terus tak boleh teran. Tunggu kejap sampai sakit tu datang balik dan teran lagi. Nurse cakap dah keluar kepala. Teran lagi sehabis daya dan akhirnya baby selamat keluar. Alhamdulillah, lega dan semua kesakitan seakan-akan hilang. Cikgu Faiz tanya nurse sama ada baby boy atau girl. Tapi nurse tak nak bagitau lagi. Huhu. Nak surprise lat u. Tepat jam 6.44 pagi baby Hannani selamat dilahirkan. Awal seminggu dari tarikh jangkaan bersalin.


Lepas bersalin macam biasa la proses keluarkan uri dan jahit menjahit. Masa nurse nak keluarkan darah kotor memang sakit sangat. Lama pulak tu. Ya Allah... Engkau je yang tahu betapa sakitnya. Tapi Allah tu maha adil. Masa kena jahit tu tak rasa sakit sangat cuma bila kena jahit tang kulit tu yang sakit. Masa Faqih dulu jahit sakit yang teramat sangat. Baby pulak sentiasa berada di dalam pelukan Cikgu Faiz semasa proses tu. Nurse siap pesan supaya peluk baby kuat-kuat sebab Cikgu Faiz tak tahan sakit. Huhu. Tak ingat masa bila nurse tunjuk dan bertanya jantina baby dan Cikgu Faiz cuma tersenyum dan menjawab 'girl'. Lega dan bersyukur sangat-sangat sebab semuanya sudah selamat. Semoga Nurul Faizatul Hannani akan menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga. Aminn...




Yang menaip,

3 comments:

Mummy-Zerry said...

Tahniah dapat baby baru... sonoknyerr

Unknown said...

pengalaman bersalin mmg mengujakan untuk kita lalui

Faiz Daong said...

Tahniah. Baby faqih mmg comel ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...