Hannani, Prasekolah dan Kek Batik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 11 Februari 2014


Semalam hari Isnin. Banyak betul perkara yang berlaku. Bangun tidur terus bersiap untuk pergi bekerja setelah tiga bulan bercuti. Huhuhu. Hari semalam juga merupakan hari pertama Hannani dihantar ke taska bersama abangnya. Dalam hati masih dupdap sebab Hannani tak nak minum susu botol. Encik Suami pon sama jugak risau. Masing-masing mengharapkan agar Hannani akan baik-baik saja semasa berada di taska.




Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah tempat kerja Cikgu Faiz. Sebelum pergi kerja Cikgu Faiz siap berpesan kepada Hannani supaya jangan nakal-nakal dan minum susu. Huhu. Dalam pada risau dan kelam kabut terus terlupa nak bawak blazer. Dah la hari Isnin semua guru diwajibkan pakai blazer semasa perhimpunan sekolah. Boleh pulak tertinggal dalam kereta. Aduhai... Nasib baik la guru besar tak tegur pasal blazer tu sebab ada jugak cikgu yang tak pakai. Fuhh... lega :)


Hari pertama di kelas prasekolah bersama murid-murid baru. Tahun ni murid-murid agak nakal sikit berbanding tahun lepas. Dah la baru nak mula mengajar, pulak tu terpaksa berpindah kelas. Dari kelas prasekolah terpaksa menumpang di kelas prasekolah pendidikan khas. 50 orang murid dalam satu kelas tak termasuk murid-murid kelas pra pendidikan khas. Memang padat dan huru hara la jawabnya. Huhu. Sebab kena pindah buat sementara kerana tangki yang berada bersebelahan dengan kelas prasekolah tu bocor dan mahu dibaiki. Sebab itu la kena pindah kejap. Harap-harap cepat la siap. 


Lepas rehat pulak, kena pindah lagi. Kali ni dapat dua kelas. Ha... baru la lega sikit. Takde la campur dengan murid-murid kelas sebelah tu. Tapi suasana dah tak macam prasekolah. Nak mengajar pon dah takde feel. Huhu. Kalau kat kelas prasekolah seronok sebab macam-macam ada. Ni tak pasal-pasal kena angkut semua buku dan peralatan yang nak digunakan. Penat ooo... Nasib baik ada pembantu :)


Lepas habis kelas dalam pukul 12 tengahari, ada orang hantar kek batik yang Cikgu Faiz order melalui laman instagram. Wahhh... terubat sikit rasa penat pada hari tersebut. Lama giler kot Cikgu Faiz tunggu masa yang sesuai untuk beli kek batik yang super sedap ni. Nanti Cikgu Faiz share link instagram kek batik ni ye.






Kek batik alynfarina sedap sangat tau :) Cikgu Faiz tak pandai buat, tau beli je. Hihihi ^ ^ Satu bekas tinggalkan dekat kelas prasekolah. Lagi satu bekas bawak balik. Hihi. Saje nak kongsi kesedapan kek batik tu. Heee....


Sebelum balik rumah sempat bawak balik kerja-kerja yang menimbun tu. Antaranya buku kedatangan, buku rekod mengajar, borang maklumat murid dan dokumen standard prasekolah kebangsaan. Ni baru lepas siap kerja la ni cepat-cepat update blog pulak. Hahaha. Esok sambung lagi. Memang banyak nak kena tulis. Lenguh jari dibuatnya.


Nak blogwalking pon dah tak sempat ni. Kena tidur awal sebab esok nak kena bangun pagi-pagi :) Sekian.




Yang menaip,

12 comments:

Anum said...

wow sedapnya...

Cekgu Norazimah said...

penatnya start keje balik lepas bercuti, CN faham sangat2 ! plan lepas ni nk bersalin awal tahun lak, takyah buat keje guru kelas awal thn, ok tak ? hehehe

Azhafizah MN said...

geram betul tengok nanie..comelnye! wahh kek tu macam menggoda sangat tau kak

puteri kasih said...

kesian CF..makin busy dah yer

p/s poskan sikit kek batik tu..hehe :)

Mama Darwiish said...

Alala tomey nye chubby si hanani....
Adoiiii terliur pulak tengok kek batik tu....

Mizz Aiza said...

semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan.. comelnya baby..

Azwar Syuhada said...

Semoga nani rajin blajar..hehehe..Nampak macam sedap je kek batik tu, poslah sikit untuk azwar..hehehe xD

Fiza Aizzawa said...

sibuk nye cikgu sekarang... tak pe ada masa nnt singgah la blog Fiza yer.. kek batik mmg sedap...

Nur Aliyah Syofia said...

hai dear, jom join GA ni ( http://aliyahsyofia.blogspot.com/.../first-giveaway... ) Hadiahnye baucer pembelian RM50^^.btw, done follow u

sobri yaacob said...

alamak comelnya ank cikgu..
hanani :)

ayunidati said...

singgah sini..

Mimie said...

alolo makin comei hanani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...