Hannani Sakit Mata Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 31 Julai 2015


Cikgu Faiz kembali lagi setelah menghilangkan diri selama beberapa hari. Hihi. Macam biasa la tak dapat nak update blog sebab mata ini begitu mencemburui Cikgu Faiz untuk update blog ini. Kihkih. Nikmat untuk tidur lebih bermakna. Hikhik. Takde apa sangat nak cerita sebenarnya cuma nak berkongsi gambar Hannani sebelum raya hari tu. Hihi.


Bercakap pasal Hannani kan, dua hari lepas mata Hannani bengkak lagi. Jika korang ada baca entri Hannani SAKIT MATA ni korang tau la. Masa bulan puasa hari tu mata Hannani bengkak sebelah. Kali ini lagi sebelah pula yang bengkak. Nasib baik la ubat mata hari tu ada lagi. Cikgu Faiz cuma titiskan ubat mata tu setiap 12 jam. Alhamdulillah sekarang dan surut. Tak tahu la mungkin semut atau mana-mana serangga yang terlalu sukakan Hannani sampai gigit kedua kelopak mata anak dara tu. Hihihi. Darah manis la katakan. Huhu. Abangnya okey pulak tak kena gigit pon. Hahaha. Nampak sangat Hannani yang sering menjadi sasaran serangga.



Ini gambar sebelum raya. Masa ni mata Hannani sudah pulih berkat tunggu berjam-jam dekat hospital hari tu. Huhuhu. Nak selfie anak dara ni. Nak tengok muka sendiri dekat handphone.





Konon posing ala-ala candid la tu. Penat je bonda cakap suruh pandang handphone tapi langsung tak dilayan. Huhuhu.





Hambik. Kuih raya buatan emak Cikgu Faiz. Kuih ni la yang mak buat tiap-tiap tahun selain biskut Dahlia tu. Tempeyek dan biskut senyum. Cikgu Faiz pon tak pasti kenapa ianya digelar biskut senyum. Dalamnya ada sebutir kacang. Hihihi. Semuanya kuih dulu-dulu yang mak buat. Mak nak mengimbas nostalgia dulu-dulu la tu. Hihihi. Sekian.


Ayam takde dalam dunia ni?? Oh no !!! --> TENGOK NI


Yang menaip,

3 comments:

kakaktiricinderella said...

Alaa kesian nya dia. Hehe
Comel tetap comel ^^

Jejari Menaip said...

kesiannya Hannani... moga cepat sembuh ya.. :D

Syira Lokman said...

alolo..sian diee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...