0
Orang Memberi Komen

Himpunan Tema Sambutan Hari Guru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 23 Mei 2017





Saban tahun pabila tibanya Hari Guru pasti ada tema. Macam tahun 2017 ni, tema Hari Guru ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Dengan adanya tema seperti ini akan menaikkan lagi semangat cikgu-cikgu untuk terus mendidik anak bangsa.


Di bawah ini merupakan senarai tema Hari Guru bermula pada tahun 1980 (masa ni Cikgu Faiz pon belum wujud lagi) sehinggalah tahun ini (2017).


SENARAI TEMA HARI GURU 1 MALAYSIA

1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013 - Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
2014 - Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2015 - Guru ; Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2016 - Guru Pembina Negara Bangsa
2017 - Guru Pembina Negara Bangsa



Lagu Tema Hari Guru 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa (liriknya Cikgu Faiz akan kongsikan di entri yang lain). Akhir kata, SELAMAT HARI GURU.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ahad . 21 Mei 2017


KLIK BANNER UNTUK SERTAI.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 21 Mei 2017


Rasanya masih belum terlambat lagi Cikgu Faiz mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru. Guru Pembina Negara Bangsa. Tanpa guru, Cikgu Faiz takkan berada seperti sekarang ni. Tanpa melengahkan masa, Cikgu Faiz ingin menceritakan serba sedikit sambutan Hari Guru yang telah diadakan di sekolah pada 16 Mei yang lalu.



Sambutan Hari Guru di sekolah Cikgu Faiz disambut secara sederhana tetapi meriah. Walaupun ada yang mengatakan sambutan Hari Guru ini syok sendiri, tapi bagi Cikgu Faiz bukan selalu ada Hari Guru ni. Setahun sekali aje. Lepas tu kehidupan diteruskan seperti biasa. Mengajar dan mengajar.



Baiklah, tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Kalau Aku Bukan Guru...'. Agak-agak Cikgu Faiz jadi apa ye? Hihihi.



Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan ucapan-ucapan. Kemudian nyanyian lagu Guru Malaysia dan Biarku Menjadi Lilin. Selepas itu, bacaan ikrar yang diketuai oleh cikgu Akmal.



Sambutan memang tak lengkap jika tiada sesi bergambar. Pandai-pandai la cari di mana Cikgu Faiz ye. Hihi.



Sesudah itu, sesi memberi hadiah oleh pengawas sekolah. Hadiah ini adalah sumbangan dari Kelab Staff. Dapat tupperware tu. Masa ni tak cukup lagi seorang. Cikgu Yani tiada dalam gambar kerana berjumpa doktor pada hari tersebut. Tahun depan, In Sha Allah pasti cukup.



Bergambar bersama bekas anak murid prasekolah. Comel macam cikgu dia kan? Hahaha. Sila jangan muntah.



Bersama anak-anak didik sesi 2017. Muka penat masing-masing tapi semangat nak bergambar.



Bersama murid prasekolah Amanah. Terima kasih Auni sudi bagi Cikgu Faiz hadiah walaupun kelas lain. Huhu.



Terima kasih buat anak murid yang sudi bagi cikgu hadiah walaupun Cikgu Faiz ni kadang-kadang garang macam singa lapar. Huhuhu.



Keesokannya, masih ada yang sudi memberi hadiah. Terharu sungguh cikgu. Terima kasih.



Keesokannya lagi, pun masih ada yang memberi. Terima kasih murid-murid atas ingatan ini. Cikgu Faiz tak minta balasan pon. Sobsob.



Beberapa hari sebelum Hari Guru. Cikgu Faiz bertungkus lumus membungkus hadiah untuk cikgu-cikgu dan ustazah yang mengajar abang Hakim.



Hadiah simple aje. Yang pasti, cikgu mesti suka pen merah itu.



Dah siap bungkus. Alhamdulillah dah selamat diberi pada guru dan ustazah.



16 Mei juga merupakan hari lahir abang Hakim yang ke 7 tahun. Selamat Hari Lahir, abang. Semoga menjadi anak yang soleh dan jangan la selalu buli adik. Huhuhu. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Percutian Singkat Ke Cameron Highlands



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 29 April 2017


Minggu lepas Cikgu Faiz berjalan-jalan di Cameron Highlands. Ini merupakan percutian yang tak dirancang langsung. Hari Sabtu tu Encik Suami ada aktiviti lawatan bersama anak-anak muridnya. Petang tu lepas dia balik baru Cikgu Faiz menyatakan hasrat untuk pergi bercuti. Hihihi. Tapi masa tu Encik Suami macam tak berapa nak setuju. Angguk tak, geleng pon tak. Dia terkejut bila Cikgu Faiz kata hari Ahad baru nak gerak ke Cameron. Lepas tu Cikgu Faiz mengingatkan dia bahawasanya hari Isnin tu cuti. Hihihi. Malam tu jugak Cikgu Faiz mengemas beg macam confirm sangat nak pergi. Hahahah. Pagi Ahad tu pulak pukul 4.30 pagi dah bangun wei. Semangat tak semangat la. Yang sebenarnya si Hannani tu bangun nak susu jadi alang-alang dah bangun tu terus tak tido la jawabnya.


Pagi tu sebelum gerak sempat jugak la membasuh kain baju, sidai kain, masak nasi goreng dan mengemas apa-apa yang patut. Semua dah settle tinggal anak-anak je belum bangun. Kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi. Agak lewat jugak sebenarnya. Tapi takpe. Yang penting berjaya jugak sampai ke Cameron Highlands petang tu. Lebih kurang pukul dua lebih baru check in. Kami menginap di chalet Agro Highlands. Pengusaha dia orang melayu. 1 malam RM195. Oleh kerana takut tak dapat bilik, jadinya Cikgu Faiz terus grab chalet tu. Itu pon cari masa tengah dalam perjalanan naik ke Cameron. Memang cari nahas betul la sebab last minit baru sibuk nak cari bilik. Dah la hujung minggu. Buatnya semua tempat penginapan penuh macam mana? Huhuhu. Tapi itulah, rezeki kan. Oh ya, Cikgu Faiz jumpa iklan chalet tu dekat facebook.



Inilah chalet Agro Highlands yang terletak di Brinchang. Chaletnya berada di dalam kebun strawberi. Dekat atas tu semua pokok strawberi. Hari Ahad tu belum mula jalan-jalan lagi sebab kesuntukan masa. Kami pergi makan malam dan cuci mata di pasar malam je.




Pagi Isnin, cuti sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Masa ni semua dah bangun, tinggal budak ini sahaja yang masih tidur. Nampak sedap sangat tido tu. Chalet ni tiada aircond tapi sangat nyaman. Keluar bilik memang sejuk. Cuma ada nyamuk je. Lepas ni kalau datang sini wajib bawa semburan ubat nyamuk.




Kami sempat melawat kebun strawberi di chalet ni. Di sini, tak boleh petik strawberi sendiri ye. Cikgu Faiz dapat jugak beli 2 pek strawberi. 1 pek RM5.





Okey, jom jalan ! Destinasi pertama kami ke Big Red Strawberry Farm yang tak berapa jauh dari chalet tempat Cikgu Faiz menginap. Dekat Cameron Highlands ni ada banyak lagi kebun strawberi. Big Red Strawberry Farm ini adalah salah satunya. Jom naik.




Sebelum masuk dalam kita posing dulu.




Okey, jom kita petik strawberi. Setengah kilo RM25. Kena pandai bajet ye. Cikgu Faiz terlebih RM3. Hihi. Tapi puas hati sebab dapat petik sendiri. Masa petik tu Cikgu Faiz masuk dengan Faqih je sebab Encik Suami jaga Hannani. Al maklum la Hannani tu tak boleh duduk diam.




Abang Faqih pertama kali datang sini begitu jugak bondanya. Hahaha. Buah strawberi memang kegemaran Faqih. Bondanya pon suka jugak. Hihi. Masa di sini, Cikgu Faiz cuma beli strawberi yang dipetik tu (RM28), strawberi kering (RM10) dan salad (2 pek RM5).




Sementara itu, apa yang dua beranak itu buat? Encik Suami melayan Hannani main benda ni rupanya. Hihi. Takpe la. Yang penting dia diam.




Buat muka comel. Suka sangat la tu.




Geram betul la tengok budak ni.



Okey, selesai dengan buah strawberi. Kami ke sini pulak melawat ladang teh. 






Dekat sini dah sah-sah la beli teh kan. Kesemua teh yang Cikgu Faiz beli RM31.40.



Okey, masa untuk bertolak pulang. Kami cuma sempat melawat 2 tempat ini sahaja. Itu pon dah memadai. Yang penting anak-anak seronok. Masa dalam perjalanan pulang tu sempat jugak la beli petai seikat RM10 je tapi banyak. Huhuhu. Bajet percutian Cikgu Faiz sekeluarga ke Cameron Highlands untuk 2 hari 1 malam ni lebih kurang RM6++. Setakat ini sahaja laporan Cikgu Faiz. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Mari Belajar Bahasa Jepun : Part 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 04 April 2017


Susulan dari episod pertama Mari Belajar Bahasa Jepun. Maaf la ye Cikgu Faiz cuma dapat kongsikan sedikit sahaja perkataan-perkataan asas dalam bahasa Jepun. Hari ni baru ada kesempatan lagi nak menambah ilmu yang Cikgu Faiz dapat. Mana lagi kalau bukan dari EPSA. Okey, jom sambung pelajaran kita...





APOLOGISING

Sumimasen
I'm sorry  / Excuse me

Shitsurei-shimashita
I'm sorry (a more formal way to saying 'sorry')



MAKING REQUEST AND OFFERS

Onegai-shimasu
Please / Could you do me a favour (used when making a request)

Doozo
Please / Here you are (used when making an offer to someone)



ASKING HOW SOMEONE IS

Shibaraku desu ne
It has been a while since we last met

O-genki desu ka
How are you?

Hai, okagesama de
Fine, thank you

Hai, genki desu
Yes, i'm fine



SELF INTRODUCTION

Hajimemashite. Watashi wa Ali desu
How do you do? I'm Ali

Mareeshia kara desu
I'm from Malaysia

Doozo yoroshiku
Nice to meet you


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Review : Power Rangers The Movie



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 03 April 2017


Sabtu lepas Cikgu Faiz berkesempatan membawa anak-anak dan suami menonton filem Power Rangers di GSC IOI Mall Puchong. Hari Jumaat petang dah beli tiket siap-siap sebab kalau beli on the spot mesti ramai punya. Al maklum la filem baru kan lebih-lebih lagi Power Rangers ni bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa jugak. Hahaha. Cikgu Faiz pon minat jugak Power Rangers ni. Dulu-dulu memang selalu je tengok bila waktu petang. Siap berangan nak jadi Power Rangers warna pink. Huhu.




Filem Power Rangers ni boleh dikatakan segar jugak sebabnya costume yang dipakai memang lain daripada yang bersiri dan nampak lebih canggih. Bilangan Power Rangers tetap sama seperti mula-mula Power Rangers ini dikenali iaitu seramai 5 orang. Ada merah, biru, hitam, merah jambu dan kuning. Okey, jom baca sedikit sinopsis berkaitan cerita Power Rangers ni. Penceritaan ini adalah berdasarkan apa yang Cikgu Faiz faham la ye. Biasa la baru pertama kali tengok kan. Hihi.


POWER RANGERS THE MOVIE




Mengisahkan 5 sekawan iaitu Jason, Billy, Zack, Kimberly dan Trini yang bertemu secara tidak sengaja dan ditakdirkan mereka adalah adiwira yang dikenali sebagai Power Rangers untuk menyelamatkan Angel Grove. Pertemuan yang tak disangka itu telah menemukan mereka berlima dengan batu kristal yang berwarna merah, biru, hitam, merah jambu dan kuning. Sejak dari itu, mereka berlima dengan secara tiba-tiba mempunyai kuasa yang luar biasa. Tidak berpuas hati dengan apa yang menimpa, mereka membuat keputusan untuk ke lombong itu semula bagi mencari sebarang petunjuk berkenaan dengan kejadian tersebut sehinggalah mereka berada di suatu tempat yang sangat asing. Di situ, mereka bertemu dengan Alpha 5 iaitu robot yang menjaga tempat tersebut. Alpha 5 memperkenalkan mereka kepada Zordon yang pernah menjadi rangers pada suatu ketika dahulu.


Menurut Zordon, planet bumi akan dimusnahkan oleh Rita yang ingin mendapatkan kristal kuasa. Rita telah kehilangan kuasanya dan telah berusaha untuk mencari emas demi mengembalikan semula tenaga dan kuasanya. Sementara itu, Jason, Billy, Zack, Kimberly dan Trini berusaha untuk bertukar menjadi Power Rangers tetapi tidak berhasil. Pelbagai usaha telah dibuat namun mereka masih tidak berjaya untuk bertukar. Manakala Rita pula semakin kuat dan semakin hampir dengan misinya.


Suatu malam, Rita telah menyerang salah seorang daripada mereka. Mereka berlima membuat keputusan untuk bersemuka dengan Rita tetapi malangnya kuasa Rita telah menjadi kuat dan salah seorang daripada mereka telah dibunuh. Pada masa inilah mereka mulai sedar sebab kenapa mereka tidak dapat bertukar menjadi Power Rangers. 




Nak tahu kesudahannya? Kena la tengok sendiri. Huhu. Tak surprise la kalau dah tahu jalan cerita. Hihi. Apa pun Cikgu Faiz puas hati la dapat tengok cerita Power Rangers ni. Haha. Sebab mengimbas kembali cerita dekat tv tu. Huhu. Watak-watak pon tetap sama je. Setiap watak mempunyai karektor yang berbeza. Rasanya watak Billy yang banyak menceriakan suasana ketika penonton sedang fokus dan serius dengan jalan cerita. Di sini Cikgu Faiz memohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam sinopsis di atas. Selamat menonton.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Lirik : Dirgahayu Nyanyian Faizal Tahir dan Dato' Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 01 April 2017


Bersua lagi. Kali ni Cikgu Faiz nak kongsikan lirik lagu yang menjadi siulan anak muda masa kini yang tengah trending la jugak. Lagu dari drama astro, Lara Aishah. Rasanya mesti ramai peminat drama bersiri ni kan? Kalau lagu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza ni confirm akan meletup punya lebih-lebih lagi jika berduet dengan artis seperti Faizal Tahir. Memang bertambah umpphhh... Okey... Cikgu Faiz tak nak membebel panjang lagi. Di bawah ini lirik lagu Dirgahayu. Korang nyanyi la ye. Tata.




Dirgahayu

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernah ku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku persoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu
Cinta dirgahayu

Nota :: Pencipta lagu Dirgahayu adalah Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Mari Belajar Bahasa Jepun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 30 Mac 2017


Baru-baru ni Cikgu Faiz ada buat ladap secara online iaitu EPSA (E Pembelajaran Sektor Awam). Konon-konon nak belajar bahasa Jepun la. Banyak juga perkataan-perkataan yang dipelajari di situ. Bukan bahasa Jepun je. Ada juga kursus-kursus lain yang ditawarkan. Di sini Cikgu Faiz nak kongsikan sedikit perkataan dan ayat-atat mudah dalam bahasa Jepun. Let's begin. Jangan lidah tergeliat sudah.


THANKING

Doomo arigatoo gozaimasu
Thank you very much

Arigatoo gozaimasu
Thank you

Doomo
Thanks

Iie, doo itashimashite
You are welcome

Itadakimasu
Thank you. Said before eating or drinking

Gochisoosama deshita
Thank you. Said after eating or drinking



MEETING

Ohayoo gozaimasu
Good morning

Konnichiwa
Good afternoon

Konbanwa
Good evening



PARTING

Oyasumi nasai
Good night

Sayoonara
Good bye



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Video Aktiviti Rapid Shooting Di Taman Negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 23 Mac 2017


Salam gaji 1 Malaysia. Hari ni Cikgu Faiz nak up satu video Rapid Shooting masa ladap di Taman Negara hari tu. Macam biasa jangan lupa pause dulu lagu dalam blog ni ye. Caranya cuma tekan kotak sebelah perkataan PAUSE HERE. Baru la dapat merasai suasana aktiviti Rapid Shooting ni. Selamat menonton.


video


p/s : video ini telah dirakamkan oleh rakan yang turut serta. Thank you so much.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Video Ladap Taman Negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 19 Mac 2017


Susulan daripada entri  >>Ladap Di Taman Negara<< sebelum ini. Kali ni dalam bentuk video pula kerana entri sebelum ni gambar tak banyak dapat upload. Kalau nak tengok video ni pastikan korang pause dulu lagu dalam blog ni. Caranya cuma tekan pada kotak kecil di bahagian atas sebelah kiri tu yang ada perkataan PAUSE HERE. Tekan aje kotak tu ye. Selamat menonton.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Ladap Di Taman Negara, Jerantut Pahang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 18 Mac 2017


Minggu lepas, Cikgu Faiz telah menyertai aktiviti LADAP di Taman Negara yang terletak di Jerantut Pahang. Aktiviti ini selama 2 hari 1 malam sahaja tetapi padat dengan aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sana. Di sini, Cikgu Faiz akan bercerita serba sedikit mengenai aktiviti yang ada di sepanjang kami berkampung di Kuala Tahan.


Hari pertama (Sabtu) - 11 Mac 2017

Bertolak seawal jam 1.50 pagi dengan menaiki bas. Oleh kerana hari pon sudah larut malam makanya bas hanya berhenti sekali sahaja untuk ke tandas. Sampai di Kuala Tahan lebih kurang jam 6.20 pagi. Pagi-pagi buta lagi terpaksa menapak untuk ke hostel tempat kami akan bermalam nanti. Masuk je bilik terus solat dan bersiap-siap untuk melakukan aktiviti. Memang dahsyat sebab sampai-sampai je dengan takde rehat terus breakfast dan berkumpul. Tak sempat nak melompat atas katil. Huhuhu. Dari Kuala Tahan, kami menaiki bot untuk menyeberang ke Taman Negara. Perjalanan memakan masa tak sampai 5 minit. Dekat sangat.



Kami menginap di Liana Hostel.



Suasana dari Liana Hostel.




Yeay... dah sampai. Selamat datang ke Taman Negara.






Aktiviti pertama ~ Canopy Walk

Sebelum memulakan aktiviti, kami diberi taklimat oleh petugas yang ditugaskan untuk membawa kami menyusuri hutan di Taman Negara. Selesai sesi memanaskan badan, aktiviti pon bermula. Permulaannya agak mudah sebab berjalan sahaja tanpa apa-apa halangan. Lebih kurang 10 minit berjalan, sampai di satu pondok yang tinggi. Rupa-rupanya kami akan berjalan melalui jambatan gantung. Ada lebih kurang 7 jambatan gantung yang mesti dilalui. Memang tinggi. Nasib baik Cikgu Faiz agak biasa dengan tempat-tempat tinggi. Huhuhu. Kalau rasa takut, tengok pokok-pokok je la. Nak jalan atas jambatan tu kena sorang-sorang dan ada jarak yang ditemtukan. Tak boleh main redah je. Silap-silap jambatan tu melendut.



Haa... nampak tak dekat belakang tu kawan Cikgu Faiz tengah berjalan atas jambatan. Masa ni Cikgu Faiz dan sampai di stesen.



Tengok pokok-pokok je. Ku lihat hijau...



Bila semuanya telah berjaya merentasi halangan yang pertama ni, ingatkan dah habis la. Rupanya, ini baru sahaja permulaan untuk aktiviti yang kedua iaitu mendaki sampai ke puncak Bukit Terisek.


Aktiviti kedua ~ Mendaki Bukit Terisek




Nampak tak tu berapa kilometer untuk sampai ke puncak bukit. Entah berapa kali berhenti untuk berehat dan mengembalikan tenaga. Yang sebenarnya Cikgu Faiz dan beberapa orang rakan tertinggal di belakang sebab sebelum naik tu singgah ke tandas dulu. Huhuhu. Jadinya, yang di belakang ni terpaksa berjalan perlahan-lahan sebab banyak tangga tau. Nak kejar orang depan memang dah tak sempat sebab jauh dah ketinggalannya. Hahaha.



Posing dulu la. Peace yo.




Okey, berhenti rehat lagi. Lenguh kaki almaklum la jarang excercise kan. Huhuhu. Inilah akibatnya. Dah minum dan makan-makan sikit kami meneruskan perjalanan. Misinya, kami mesti sampai paling lewat pon jam 12.15 tengahari sebabnya lepas ni ada aktiviti lain pula. Perjalanan untuk naik ke puncak bukit memakan masa lebih kurang 3 jam lebih.



Berehat lagi. Bila banyak menggunakan tenaga, perut pon lapar la. Dalam beg tu penuh dengan makanan. Siap bawak pen lagi. Kalau dah namanya cikgu. Huhuhu. Perjalanan diteruskan lagi. Tak tahu dah berapa lama kami berjalan tapi tetap tak sampai-sampai. Tangga pula semakin banyak. Tapi semakin hampir sampai ke puncak, udara di persekitaran terasa nyaman dan sejuk je.



Yahuuu.... sampai juga akhirnya. Penantian satu penyiksaan. Hilang terus lenguh-lenguh kaki bila dah sampai tau. Hahaha. Teruja nak berposing la pulak sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai. Agak ngam ngam juga masa sampai tu. Lewat dalam 5 ke 10 minit.



Bukit Terisek akhirnya berjaya ditawan dengan jayanya. Syukur alhamdulillah. 



Semua berjaya sampai ke puncak. Cayalah. Semangat tu penting. Yang paling penting lagi, semua pon happy dan ceria bila dah sampai. Masa nak naik tu yang terseksa sikit. Hihihi. Okey, tak lama lepas tu sebelum masuk waktu zuhur kami bergerak untuk turun pula. Masa turun ni laju sikit tapi lenguh tetap ada. Pukul 2.30 petang nak buat aktiviti yang ketiga pula.





Sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai, berehat sambil mengambil gambar.




Aktiviti ketiga ~ Rapid Shooting

Oleh kerana, masa dah lari sikit jadinya aktiviti ini bermula pada jam 3 petang. Lepas makan dan bersolat terus bergegas turun ke tempat menunggu bot. Sebelum itu, kami diingatkan supaya tidak mandi sebabnya aktiviti Rapid Shooting ni akan membasahkan baju. Nak mandi pon memang tak sempat juga. Jadi, tak payah la mandi. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal habis melepas nak join aktiviti ni yang tersangatlah best.


Masa untuk naik bot. Best sebab boleh relax sambil mengambil angin. Penat tu baru lepas panjat bukit. Tengah syok melayan perasaan tiba-tiba bot jadi senget pulak. Ingatkan sampai situ je, rupanya rapid shooting ni macam aktiviti tembak guna air supaya orang dalam bot tu basah. Hahaha. Elok sangat la tu sebab tadi pon tak sempat nak mandi kan.



Gambar dalam bot kurang jelas kerana hp ni dalam plastik kalis air. Jenuh juga mencari plastik kalis air ni di Puchong. Rapid Shooting ni lama juga perjalanannya. Memang puas dapat naik bot. Bot berhenti di perkampungan orang asli,


Aktiviti keempat ~ Melawat Perkampungan Orang Asli



Sampai je di perkampungan orang asli terus nak berposing dulu. Di sini, kami ditunjukkan cara-cara menghidupkan api dengan menggunakan hasil hutan. Di samping itu, kami turut diperkenalkan dengan senjata yang digunakan oleh orang asli untuk memburu iaitu sumpit. Cikgu Faiz hanya mampu melihat sahaja sebabnya kaki masih lenguh-lenguh. Kalau korang nak tahu, masyarakat orang asli ni ada satu amalan iaitu sekiranya ada di antara mereka yang mati, penduduk tersebut akan berpindah di tempat lain buat sementara sehinggalah mayat tersebut reput. Setelah itu barulah mereka akan pulang kembali ke tempat asal.


Menurut pakcik Jamal yang membawa kami ke sini, orang asli ni memang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah tetapi tiada jambatan untuk membolehkan mereka ke sekolah yang berhampiran. Menurut pakcik Jamal lagi, mereka yang menyatakan perkara tersebut pada pihak yang terlibat tetapi sehingga kini masih tiada khabar berita. Semoga lepas ni akan ada perubahan supaya kanak-kanak asli di sini dapat menimba ilmu dengan sewajarnya.



Bergambar kenangan dengan Tok Batin.




Penat dah. Berehat kejap konon nak selfie dengan roomate tiba-tiba ada yang menyelit.








Tiba masa untuk kami berangkat pulang. Sebelum tu macam biasa la, posing dulu. Masa nak balik rasa macam dekat pula. Ingatkan dah habis dah acara simbah menyimbah rupanya masa nak balik ni lagi teruk kena mandi. Nasib nasib. Redha je la. Sampai hostel, mandi, solat dan berehat sekejap sebelum ke acara barbeque (betul ke ejaan ni?. huhuhu). Lepas makan malam, berehat di bilik je dan terus tertidur kepenatan.



Hari kedua (Ahad) - 12 Mac 2017

Bangun seawal jam 6.00 pagi. Kemas-kemas barang. Pukul 8 pagi terus breakfast. Kami akan bertolak pulang pada jam 10.00 pagi. Masih awal lagi jadi kesempatan ini digunakan untuk bergambar di tempat-tempat yang menarik.



Chalet.






Dekat tiang ni pon jadi nak bergambar. 


Masa untuk bertolak pulang. Selamat tinggal Kuala Tahan. Kenangan selama dua hari ini tidak mungkin dapat dilupakan. Kami berhenti makan di Temerloh.



Sedap lauk tempoyak ikan patin dia. Lain kali kalau datang ke Temerloh pasti akan singgah makan di sini. Pasti tak menyesal. Perjalanan diteruskan sehingga sampai di sekolah pada jam 6 petang (lebih kurang je).


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...