KDrama | Hospital Ship



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 20 Januari 2018


Malam tadi tamatlah sudah Cikgu Faiz marathon menonton drama korea Hospital Ship. Lama sangat kali ni sebab ada 40 episod. Setiap episod tak sampai sejam pon sebenarnya tapi kerana kekangan masa jadinya kena la tunggu waktu yang agak lapang baru dapat tonton. Apa yang best tentang drama Hospital Ship ni?




Hospital Ship mengisahkan doktor-doktor muda yang bertugas di hospital kapal demi membantu merawat pesakit-pesakit di beberapa buah pulau kecil yang berhampiran. Song Eun Jae merupakan seorang doktor pakar bedah telah ditugaskan ke hospital kapal. Rawatan di hospital kapal pada awalnya hanyalah biasa-biasa sahaja akan tetapi setelah kehadiran Song Eun Jae, beliau telah berjaya menjalankan pembedahan yang sangat rumit. Song Eun Jae menjadi seorang doktor pakar bedah yang berjaya tetapi pada waktu yang sama beliau mempunyai masalah keluarga. 



Kwak Hyun merupakan seorang doktor yang sangat bertimbang rasa dan mengambil berat. Beliau mempunyai seorang ayah yang juga seorang doktor bedah tetapi mengalami masalah kesihatan. Pada awalnya agak sukar untuk Kwak Hyun bekerjasama dengan Song Eun Jae. Setelah beberapa ketika mereka mula mencipta keserasian.



Kim Jae Geol seorang doktor yang sering menggunakan kaedah akupuntur. Ayahnya seorang doktor yang obses dengan teknik perubatan moden. Mereka tidak sehaluan disebabkan berlakunya insiden pada suatu masa dahulu. Kim Jae Geol menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan dan mula bertugas di hospital kapal. Kim Jae Geol tidak mahu dibayangi oleh ayahnya yang sangat pakar dalam bidang perubatan.



Cha Joon Young merupakan seorang doktor gigi dan berkawan baik dengan Kim Jae Geol.



Rintangan demi rintangan telah dihadapi demi menyelamatkan pesakit. Dapatkah mereka mempertahankan hospital kapal daripada ditamatkan perkhidmatannya? Korang kena tonton sendiri. Drama korea pastinya takkan mengecewakan. Memang nampak real sangat.




Hospital Ship dibintangi oleh barisan pelakon korea yang cantik dan handsome. Dari kiri, Ha Jo Won sebagai Song Eun Jae, Kang Min Hyuk sebagai Kwak Hyun, Lee Seo Won sebagai Kim Jae Geol dan Kim In Sak sebagai Cha Joon Young.


Yang menaip,

1 comment:

Eeiou_ said...

Kawan pun suggest drama ni jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...